Tuesday, July 22, 2014
Tuesday, May 6, 2014
03052014
Bismillahirrahmanirrahim..
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Allahurabbi! Kita hanya merancang, DIA yang menentukan segalanya. Siapa sangka, genap 10 bulan usia perkenalan kami, aku selamat menjadi tunangannya. 03072013 kami mula-mula bersua muka, dan 03052014 akhirnya kami melangsungkan majlis pertunangan. Walaupun dalam keadaan yang amat sederhana, memandangkan pihak aku hanya diberi ruang masa seminggu untuk membuat segala macam persiapan, majlis tetap berlangsung meriah dan penuh kesyukuran. Alhamdulillah terima kasih yang tak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun hanya disebalik tabir. Terima kasih di atas usaha kalian dalam memastikan majlis yg serba sederhana ini berjalan sempurna.
Syukur Alhamdulillah aku kini tunangannya dan bakal suri hidupnya. Semoga urusan kami membina masjid dipermudahkan ALLAH S.W.T Aamiin..Siapa sangka, perkenalan yang singkat dalam aplikasi shake wechat menemukan jodoh kami berdua. Dan kini kami menghitung hari untuk diijab qabulkan.
Syukur Alhamdulillah aku kini tunangannya dan bakal suri hidupnya. Semoga urusan kami membina masjid dipermudahkan ALLAH S.W.T Aamiin..Siapa sangka, perkenalan yang singkat dalam aplikasi shake wechat menemukan jodoh kami berdua. Dan kini kami menghitung hari untuk diijab qabulkan.
Dalam kegembiraan ini, terselit jua kebimbangan, kesedihan..Bimbang. Mampukah aku menjadi suri hidupnya yang terbaik? Sedih. Syurgaku bakal beralih. Syurgaku dahulunya berada dibawah telapak kaki dia yang melahirkan dan membesarkan tidak lama lagi akan beralih kepada dia yang bakal menanggung segala dosaku. Ya Allah, sesungguhnya aku tidak sanggup kehilangan kedua insan yang amat ku sayang ini.
Monday, March 31, 2014
- k.a.m.i -
Bismillahirrahmanirrahim..
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tetiba hari ni rasa nak menaip detik-detik perkenalan kita satu ketika dulu. Semoga tulisan ini menjadi peringatan andai kenangan ini pudar dari ingatan kita suatu hari nanti. Semoga kenangan ini menjadi kerinduan yang sentiasa bertamu di hati..
Kita berkenalan secara tidak sengaja adalah perancangan Allah SWT. Kita bertemu, berjumpa, juga adalah perancangan dariNya.
Sungguh tak sangka, aplikasi shake dari Wechat, membawa kepada perkenalan yang tak diduga. Pada (28 /29 Jun 2013 ) tak pasti dah tarikh yang setepatnya.. coz pada mula nya xsangka perkenalan ni akan membawa kepada terjalinnya hubungan yang serius
"Assalamualaikum"..itu mesej pertama MiePutra (Wechat ID) hantar kepada LaDarwisya. (dlm pukul 9++PM. masa ni LD ada di taman bandar. teman cik roomate jogging) Tapi...ntah kenapa LD tak reply mesej MP time tu. hihi saje jual mahal.. keesokkan malam nya baru la terdetik hati nak reply mesej MP. ntah..tak tahu la kenapa. selalunya bila Shake, ramai je yang tegur. intro yang selalu dapat bila shake, "salam..hi, hai, hye.." jarang sangat la jumpa orang yang nak taip penuh Assalamualaikum..mungkin sebab ni kot tetiba rasa nak "berkawan" dengan MP ni.
Nak dijadikan cerita, LD post satu pic kt moment dengan caption " kat mana nak cari buku ni yer.." dan..tetiba MP komen..
MP : saya ada buku nie
LD : yeke ada?
MP : Yup
LD : Beli mana?
MP : Nak ke?
LD : Heheee (sesambil wat muka malu-malu)
MP : Ambik lh
LD : Mana :P
MP : Nanti sy bg
LD : Hahaa siyes?
MP : 2iyes
LD : Oke..hihi
MP : Camne nak bg..pos eh? (masa ni xperasan lagi MP nak korek kt mana LD duk)
LD : Hahahaaa pos pun boleee..Abis tu cmne..
MP :Jumpe (haha ni taktik MP nak jumpa LD..konon2 nak bg buku yang LD nak sgt)
LD : anta la cni..
MP : kat mana?
LD : kat cni la :P
MP : xkan jumpa kt mana (dah fedap time ni sbb LD asyik ngelat je bila MP tanya duk mana)
--------------------------------------------------------------------------------------------Bersambung------------------------------------------------------------------------------
Monday, March 24, 2014
Malam Itu..
Bismillahirrahmanirrahim..
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Teruja! Sungguh aku teruja. tiada kata-kata yang dapat aku luahkan bagi menggambarkan perasaan aku ketika itu. 23 March 2014, detik 11 malam..membuatkan aku tersenyum sampai telinga. "lela betul ke suka kat emi..kalo betul, mak nak masuk merisik.." sungguh aku tak sangka begitu cepat perancangan darinya. Ya Allah, Syukur Alhamdulillah.. Semoga ini permulaan yang terbaik. Berikanlah aku ruang dan peluang untuk menjadi seorang muslimah yang cemerlang akhlakku dengan bimbingan dan dorongan dari dirinya beserta Izin dariMu ya Allah..
Sesungguhnya kita hanya merancang..dan DIA lah sebaik-baik perancang. Walau cepat, walau lambat..aku terima setiap ketentuanNya..
Friday, March 21, 2014
Posting Pertama!
Bismillahirrahmanirrahim..
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah..selepas tangguh menangguh untuk create blog baru, finally harini terlaksana jua. Aku bukannya beginner blogger, yang baru nak berjinak-jinak dalam arena blogging..bukan juga expertise blogger..aku hanya insan biasa yang menjadikan blog sebagai tempat untuk meluahkan perasaan, tempat aku berkongsi rasa suka, tempat aku berkongsi rasa duka..
Blog terdahulu terpaksa aku kuburkan..biarlah ia berkubur bersama kenangan-kenangan silam yang tak mahu lagi aku ungkit, tak mahu lagi aku imbas. Mulakan blog baru, dengan cerita baru, dengan senyum baru dan juga semangat baru.
Bukan tak indah kenangan dulu. Bukan tak manis cerita lama. Namun terpaksa dilupakan. Kadang-kadang kita perlu move on agar kita tak lagi berada di takuk yang lama. Setiap insan perlukan perubahan. Dan biarlah kita berubah kearah yang lebih positif. InshaAllah..

Wassalam
-LA-
Subscribe to:
Posts (Atom)

